- Pengenalan Kursus
- Syarat Kemasukan
- Silibus Latihan
NAMA & KOD PROGRAM : TEKNOLOGI MEKATRONIK MC-091-3:2016
PENGENALAN
Kursus ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik, elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan dan pendedahan kepada sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini. Kemudahan yang disediakan adalah seperti bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan latihan dan mesin yang canggih seperti “pneumatic” dan “hydraulic trainer” dari jenama Festo, “ Programmable Logic Controller” dari Omron, “robotic” dari KUKA , “Modular Production Systems (MPS)” dari Power Air, peralatan pengujian elektrik dan elektronik dan lain-lain.
TEMPOH PROGRAM
Dua Tahun 3 Bulan (27 Bulan)
PERSIJILAN
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
- Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
PELUANG KERJAYA
Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya. Para graduan boleh bekerja sebagai Juruteknik atau Juruteknik kanan dalam bidang-bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.
Syarat Kemasukan
1. Memenuhi syarat am kemasukan
2. Tamat tingkatan 5 (lima)
3. Boleh membaca, menulis dan mengira
SENARAI SUBJEK/MODUL YANG AKAN DIPELAJARI SEPANJANG PENGAJIAN :
Semester 1
- ENGINEERING DRAWING (2D CAD)
- MECHANICAL EQUIPMENT MAINTENANCE
- ELECTRICAL EQUIPMENT MAINTENANCE 1
- ELECTRONIC EQUIPMENT MAINTENANCE 1
- HYDRAULIC SYSTEM
- PNEUMATIC SYSTEM
- JIGS AND FIXTURES MAINTENANCE
- INDUSTRIAL AUTOMATION
- CORE ABILITY 2
- MATEMATIK KEJURUTERAAN 1
- SAINS KEJURUTERAAN
- PENDIDIKAN ISLAM 1 / PENDIDIKAN MORAL
- BAHASA INGGERIS 1
- APLIKASI KOMPUTER
- KO-KURIKULUM 1
Semester 2
- ENGINEERING DRAWING (3D SOLID)
- ELECTRICAL EQUIPMENT MAINTENANCE
- ELECTRONIC EQUIPMENT MAINTENANCE
- MACHINE OPERATION
- HYDRAULIC & PNEUMATIC DESIGN
- INDUSTRIAL CONTROL
- CORE ABILITY
- MATEMATIK KEJURUTERAAN
- SAINS KEJURUTERAAN
- PENDIDIKAN ISLAM 2 / PENDIDIKAN MORAL
- BAHASA INGGERIS
- KO-KURIKULUM 2
Semester 3
- INDUSTRIAL ROBOT
- PREVENTIVE MAINTENANCE
- NETWORKING SYSTEM
- SUPERVISORY FUNCTIONS
- ADMINISTRATIVE FUNCTIONS
- SAINS KEJURUTERAAN 3
- MATEMATIK KEJURUTERAAN 3
- PENDIDIKAN MORAL 3 / PENDIDIKAN ISLAM 3
Semester 4
LATIHAN INDUSTRI