Seramai 10 orang pengajar dari Bahagian Teknologi Plastik ILP Marang, ILP Tangkak dan ILP Jitra telah mengikuti Kursus Systematic Injection Moulding Process Optimization di bawah Program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET, Skop Latihan Reskilling, Upskilling & Profesional (RUP) Tahun 2024.

Objektif kursus adalah memberi pendedahan dan pengalaman kepada tenaga pengajar berkenaan cara mengendalikan mesin pengacuan suntikan dan keupayaannya serta mengoptimumkan proses pengacuan suntikan dengan menetapkan bahagian kualiti.