Majlis Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) sesi 2/2024 dan perhimpunan pelajar bersama Pengarah ILP Marang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama dan dirasmikan oleh Pengarah iaitu Ts. Zahari bin Jusoh.

Selama 5 hari Minggu Suai Kenal telah diadakan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu dengan suasana sebenar pembelajaran di ILP Marang melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Pelbagai program telah diatur selama program seperti ceramah dari beberapa agensi seperti Polis, AADK, JKKP. Taklimat dalaman juga diberikan dari Unit BKKL, BPPL dan CESS.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar baharu sesi 2/2024.