ILP Marang telah berkesempatan menghadiri satu perbincangan yang diadakan di Anjung Ilmu, JPNT. Sesi perbincangan kali ini diketuai oleh Penyelaras Jawatankuasa Dron ILP Marang, Ts. Sharul Hafiz bin Mukhtar bersama wakil Jawatankuasa Dron telah mengadakan sesi perbincangan bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Encik Abdul Razak bin Muda. Turut bersama, wakil dari Sekolah Kebangsaan Gong Nangka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang.

Antara intipati perbincangan ialah berkaitan kerjasama dalam mewujudkan perkongsian kepakaran, peralatan dan fasiliti dalam menyokong usaha pengembangan bakat terutamanya pelajar yang dilihat berpotensi melalui penyertaan pertandingan dron peringkat yang lebih tinggi. Ini terbukti dengan pencapaian SMK Bukit Sawa di pertandingan peringkat kebangsaan selain pencapaian SK Gong Nangka yang terkenal dengan projek simulasi pesawat mereka. Selain itu, pihak JPNT juga turut mencadangkan penggunaan teknologi dron diperingkat institusi dapat dipertingkatkan melalui latihan kepada warga pendidikan dalam membudayakan STEM dikalangan mereka.