Perhimpunan Bulanan Kakitangan bersama Pengarah bil 6/2024 telah diadakan bermula jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Seminar ILP Marang. Antara intipati majlis yang berlangsung pada pagi ini adalah penyerahan hadiah pertandingan EKSA, penyerahan Sijil pemenang Pertandingan Inovasi INDES 2024, pengumuman Anugerah Pekerja Contoh sukuan ke 3 tahun 2024 dan sesi pengenalan kakitangan bertukar masuk.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian amanat Pengarah ILP Marang, Ts. Zahari bin Jusoh dan majlis meraikan pertukaran keluar En. Mohd Sharazi bin Zulkeffli. Majlis mengucapkan selamat maju jaya di tempat baru.